Patut..

Patut sangat kalau Tommy Thomas dengan Latheefa Koya didakwa menyalahgunakan kuasa.

Antara benda yang dilakukan PH masa jadi kerajaan ialah meracun rakyat Malaysia kononnya Najib dan keluarga mengumpul kekayaan dengan mencuri duit 1MDB dan ada duit RM1 bilion dan barangan mahal disembunyikan di rumahnya.

Sebab itu, tanpa lengah, selesai PRU14, dikerah PDRM untuk menyerbu rumah Najib dan merampas barangan dalam rumahnya. Ramai tentu ingat, rumah Najib diserbu waktu Ramadan dan rumah ibunya diselongkar sampai ke bumbung.

Pertama, duit RM114 juta yang dirampas adalah duit parti, lebihan dari kegunaan ketika PRU14.

Selepas PRU14, duit itu dipindahkan dari peti kebal yang dibina Mahathir di pejabat Perdana Menteri dan rumah Sri Perdana ke sebuah rumah kosong di Pavilion untuk sementara sebelum diserahkan kepada penggantinya dalam UMNO apabila beliau letak jawatan.

Tommy dengan terang tahu:

1. Duit tu adalah duit parti dan lebihan yang digunakan untuk PRU14.
2. Najib serahkan senarai penderma kepada PDRM dan penderma turut dipanggil beri keterangan.
3. Duit tu tak pernah disembunyikan di apartment di Pavilion tetapi dipindahkan sementara oleh pegawai dan kakitangan Najib. Dan ia bukanlah rumah Najib.
4. Tiada petunjuk atau kaitan terhadap duit dengan barangan dirampas itu adalah dari wang 1MDB.
5. Barangan seperti beg tangan, barangan kemas yang dikumpul keluarga Najib selama berdekad itu adalah hadiah daripada pelbagai keluarga diraja termasuk ketika perkahwinan anak perempuannya yang dihadiri jutawan, keluarga diraja dan perwakilan asing. Ini termasuk barangan milik ibu mertua anak perempuannya dari Kazakhstan.

Yang paling parah, disuruhnya PDRM yang merampas barangan itu untuk mengisytiharkan rampasan bernilai RM1 bilion di depan media sambil menunjukkan sejumlah kecil barangan.

Ia jadi RM1 bilion sebab kerajaan PH mendakwa ia bernilai RM1 bilion untuk racun dan memperkukuhkan persepsi jahat mereka.

Untuk menjadikan nilai ia jadi RM1 bilion, anda perlukan 5,000 barnagan yang setiap satunya bernilai RM200,000.

Jika betul semua bernilai RM1 bilion, kenapa tak letak semua barangan dalam satu video untuk propaganda?

Kerana tiada video seumpama itu, tetapi apa PH buat? Mereka gunakan video sidang media rampasan duit bekas Pengarah Jabatan Air Sabah dan jadikan ia sebagai fitnah terhadap Najib. Itu permainan lazim PH yang jahat.

Malah, dalam afidavit Peguam Negara sendiri menyatakan siasatan mereka dapati kebanyakan barangan yang dirampas itu adalah sumbangan hadiah.

Tetapi disebalik tahu semua ni, Peguam Negara dan SPRM failkan pelbagai kes sita harta terhadap Najib dan ramai individu serta syarikat.

Ini termasuk kes terhadap syarikat yang terima pembayaran dari Najib selepas menyediakan perkhidmatan atau menjual barangan seperti:

1. Naza yang menjual van kepada NGO untuk digunakan bagi mengangkut barangan kebajikan
2. Jakel yang menjual pakaian untuk masjid di seluruh negara dan pakaian yang disalurkan kepada mangsa banjir selama 4 tahun
3. Beberapa syarikat pelancongan yang menyediakan khidmat Haji untuk mereka termasuk imam-imam masjid yang ditaja Najib

Akibat dari bergantung hanya pada propaganda dan fitnah semata-mata, Peguam Negara kalah dalam semua kes penyitaan terhadap Najib dan keluarganya manakala SPRM kalah dalam kes penyitaan AMLA mereka.
https://malaysia.news.yahoo.com/govt-fails-court-bid…

Hanya ada beberapa kes di mana kerajaan berjaya tetapi ia melibatkan badan kerajaan atau yayasan yang diarahkan untuk tidak melawan kes atau individu yang buat keputusan jumlah yang hendak disita kerajaan terlalu kecil berbanding kos guaman selain taknak publisiti terhadap syarikat atau peribadi mereka.

Tetapi kes yang ‘dimenangi’ kerajaan adalah terlalu sedikit dan jumlah yang berjaya disita tak boleh langsung tanggung kos pendakwaan kerajaan selain masa dihabiskan mahkamah.

Sebab itu, tindakan Tommy dan Latheefa ini amat ketara adalah penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan terutama penyalahgunaan penjawat awam dan aset kerajaan demi nak meneruskan propaganda parti sokongan mereka – Pakatan Harapan.

Jika kerajaan taknak dakwa Tommy dan Latheefa kerana salahguna kuasa, mereka yang dikenakan tindakan perlu saman mereka.

Dengan sebarkan propaganda melalui Tommy dan Latheefa, mereka berjaya racun rakyat kononnya rampasan barangan dan wang tunai adalah bukti kononnya Najib mencuri walhal masyarkat tak sedar kerajaan berulangkali kalah dalam usaha mereka untuk lucuthak barangan dan wang tunai dirampas.

Malah takde bukti langsung sebagaimana propganda PH kononnya Najib membeli barangan dengan duit yang didakwa dicuri.

Tiada hartanah dibeli atau dimiliki Najib atau isterinya di negara ini atau di luar negara.

Tiada akaun di negara asing. Tiada kereta mewah.

Tiada mana-mana anaknya memiliki syarikat disenarai awam atau perniagaan berjuta ringgit, tidak seperti anak-anak Mahathir yang memiliki saham majoriti dalam syarikat-syarikat mewah selain harta benda mewah.

Itulah antara dilakukan oleh seorang pencuri selepas dia mencuri. Kalau tidak, buat apa pergi mencuri?

Menariknya, seluruh perbicaraan 1MDB dan SRC membuktikan wang yang di dalam akaun Najib, termasuk RM642 juta yang disahkan diterima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi digunakan untuk tujuan kebajikan atau aktiviti politik, dan bukan untuk manfaat Najib atau keluarganya.

Sebab itu, tiada langsung pendakwaan terhadap Najib kerana mencuri atau merompak, tetapi PH gunakan AMLA bagi wang yang dianggap tidak sah memasuki dan keluar dari akaun Najib.

Malah, Hakim Nazlan sendiri menyatakan dalam kehakimannya, “RM42 juta bukan milik kamu untuk diberikan untuk tujuan kebajikan.”

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571

Najib dah hampir 70 tahun hari ini. Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, selain 5 tahun lagi jika gagal bayar RM210 juta denda (atau bersamaan RM5 bagi setiap RM1 yang disumbangkan bagi tujuan kebajikan atau bantu rakyat susah). Kesemuanya akan jadi 87 tahun.

Maka itu, Najib adalah satu-satunya individu dalam sejarah dunia yang dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana memberikan wang kepada kebajikan, selain menggunakan RM642 juta yang diterima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi untuk tujuan kebajikan.

Lemah.

Sentiasa lah merasa diri ini lemah, byk maksiatnya dan merasakan tiada kemuliaaan
elakkan merasa diri itu mulia, tidak ada dosa dan mencari kelemahan orang lain

kerana manusia itu cederung kepada diri mulia seolah olah tiada cacat celanya sehingga menimbulkan riak dan bangga diri
sdgkan sepatutnya diri hendaklah sentiasa merasa ada maksiat dan dosa agar lidah dan hati sentiasa berharap keampunan TuhanNya dan keredhaan TuhanNya

Bila mula merasa mulia maka akan terbuka pintu syaitan untuk menjebakkan diri hamba kpd kekufuran atas nikmatnya
sebaliknya merasa diri hina dan maksiat adalah kunci untuk berusaha mencari redhanya